Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkifle mengaku dirinya seorang yang suka mengejar populariti sejak dahulu lagi.
Menurut Iqbal mengejar populariti bukan mengejar pujian sahaja, malah suka hidup bermasyarakat dan ingin dikenali lebih ramai.
View this post on Instagram
1. BERAPAKAH SAYA BAYAR MEDIA UNTUK NAIKKAN NAMA?
Tidak pernah bayar kecuali sekali dulu beberapa tahun lepas untuk artikel bisnes. Namun, jika media datang dari jauh, berkorban masa dan tenaga, saya masih ‘berperikemanusiaan’ dengan berbudi.
2. KENAPA MEDIA SERING MENULIS TENTANG SAYA?
Senang sahaja jawapannya. Mana-mana selebriti atau pempengaruh media sosial, jika sesuatu perkara yang mendapat perhatian dan trafik tinggi, automatik akan diangkat.
3. ADAKAH SAYA ‘GILA GLAMOUR’?
Ya, sejak dulu saya mengaku sebab bagi saya ia lebih jelas dan mudah untuk orang faham. Ada perkara saya memilih untuk privasi. Sebenarnya saya bukan ingin dipuja puji namun suka bermasyarakat. Jika orang kenal, pergi kemana-mana saya boleh bermesra dengan orang ramai.
4. ADA KALA SAYA DIANGGAP LURUS BENDUL. KENAPA?
Saya lebih suka jujur kerana bagi saya, jika kita tidak jujur, ia akan menyusahkan diri sendiri untuk memerah otak mencipta jawapan. Jika tanya kepada saya hal-hal 10 tahun lalu, nescaya jawapan saya tetap sama. Ada waktu bukan tidak mahu tegas sebaliknya saya tidak suka perdebatan.
5. APA PENDIRIAN SAYA DALAM MEDIA?
• Saya berjanji tidak akan sombong dengan media dan masyarakat.
• Tidak akan menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri.
• Tidak akan terlibat dengan ‘scammer’.
• Tidak jadikan bahan konten dalam hal serius.
Komen NETIZEN :
Sumber : Ohbulan & Instagram