October 4, 2023

Pelakon veteran, Fauziah Nawi kini membawa gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Seniwati berusia 70 tahun itu mendahului senarai 297 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong 2023 pada istiadat pengurniaan.

Fauziah berlapang dada orang seni sepertinya menerima pengiktirafan dan menerima tanggungjawab yang diberikan untuk memberikan karya yang lebih baik pada masa akan datang.

Fauziah memuatnaik posting di akaun facebook miliknya, mengucapkan kesyukuran atas kurniaan darjah kebesaran tersebut.

Komen NETIZEN :

Sumber : Ohmymedia & Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *