September 11, 2024

INGIN membeli kenderaan terpakai tetapi tidak tahu perincian penggunaan dan sejarah kemalangan, penjual pula enggan bersoal jawab.

OTOFACTS mempunyai akses kepada rekod automotif serta pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber seperti firma lelong, syarikat insurans dan beberapa agensi kerajaan.

Terdahulu, Persatuan Automotif Malaysia menjangkakan bahawa jualan kereta terpakai akan meningkat hampir 12 peratus pada tahun ini berbanding 428,000 unit yang dijual tahun sebelumnya.

Semakan Kenderaan CTOS ialah tawaran perkhidmatan terkini untuk pengguna dalam industri automotif berikutan pelancaran Insurans Kereta CTOS pada bulan lalu; dan CTOS terus meneroka serta menembusi segmen pasaran baharu.

Pengguna yang ingin memanfaatkan solusi sehenti ini boleh berbuat sedemikian di https://vehiclecheck.ctosids.com/.

Platform Semakan Kenderaan CTOS membolehkan pengguna menyemak maklumat berikut:

– Sejarah kemalangan

– Perbatuan kenderaan

– Kenderaan yang dilaporkan dicuri

– Sejarah pemilikan kereta

– Panggilan balik terbuka oleh mana-mana pengilang

– Hak milik sisaan (untuk menyemak sama ada kereta itu pernah diisytiharkan sebagai hapus kira)

– Rekod lelongan

– Sejarah pengaktifan beg udara (hanya untuk kereta Jepun)

– Rekod servis dan penyelenggaraan

– Pendaftaran kereta

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *