
1. Sos Tiram
Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10 peratus dan boleh dipanggil sos tiram kerana dia memberikan rasa tiram yang sebenar.
Jenama Panda Lee Kum Kee adalah pilihan tepat.
2. Sos Perisa Tiram
Kandungan ekstrak tiram kurang 5 peratus dan disebabkan itu tak boleh dipanggil sos tiram.
Rasa tiramnya juga hanyalah sederhana dan sekadar ‘berperisa’.
Jenama pilihan adalah Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
3. Sos Tiram Premium
Seperti lebel premium yang dipamerkan, kandungan ekstrak tiramnya juga pasti lebih iaitu sekitar 40 peratus.
Anda semestinya tidak perlu ragu dengan rasa tiram kerana sangat padu!
Bagi para ibu, anda boleh mencuba jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
Sudah terang ditulis tiruan bukan? Jadi sememangnya tiada langsung ekstrak tiram di dalamnya.
Ia sebenarnya digantikan dengan serbuk cendawan yang berkapasiti satu peratus sahaja.
Jenis ini sesuai digunakan oleh mereka yang vegetarian dan mengamalkan diet. Antara jenama berkaitan adalah sos berperisa tiram sayuran Lee Kum Kee dan Taste-Me
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
Harganya juga sangat murah dan dijual dalam tong tiga atau lima kilogram.
Kebanyakannya adalah jenama Puteri, Emos, HTH
Sumber/Kredit : mStar
Diolah Oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.